Jumaat, 20 Februari 2009

CABARAN RAKYAT MALAYSIA PADA HARI INI





Hari ni alibas membaca laporan suratkhabar...,alibas bersetuju dengan laporan akhbar menyatakan mengenai masalah cabaran tekanan mental yang dihadapi rakyat Malaysia pada hari...
hari ni..semakin ramai peningkatan jumlah manusia...ditambah dengan sumber yang terhad...persaingan bagi memenuhi keperluan menjadikan kehidupan sedia ada bertambah sukar...
bagi mereka yang gagal mengikuti cabaran ini menjadikan kehidupan bertambah sukar...
mereka ni mempunyai masalah sosio-ekonomi...
kegagalan menyelesaikan masalah-masalah di dalam kehidupan menyebabkan golongan mengalami masalah mental.

MASALAH MENTAL??????

Dipetik daripada kosmo;


Lebih 270,000 tidak sedar hidap sakit mental

KUALA LUMPUR - Lebih 270,000 rakyat Malaysia menghidap skizofrenia, sejenis penyakit mental tanpa menyedarinya, menurut seorang pakar psikiatri, Prof. Dr. Mohammad Hussain Habil.
Beliau berkata, kegagalan menyedari hakikat itu adalah kerana mereka tidak dapat mengenal pasti simptom penyakit berkenaan dan terlalu bergantung kepada bomoh, sinseh dan perantara untuk menyembuhkan mereka.
Mohammad, yang juga Ketua Jabatan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC), berkata, kemajuan dalam bidang sains perubatan membolehkan skizofernia dipulihkan sepenuhnya jika dikesan dari awal.
Beliau berkata, jika penyakit itu dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh membahayakan pesakit skizofernia yang akan menjadi lebih ganas dan boleh membunuh diri atau membunuh anggota keluarga ataupun jiran mereka.
Adalah penting, kata beliau, untuk mengenal pasti simptom awal seperti menjerit dan memekik tanpa sebab, secara tiba-tiba tidak berminat dengan kerja, memutuskan hubungan, tidak menghiraukan kebersihan diri dan bertindak ganas. - Bernama



Kesemua ini diterjemahkan dengan laporan akhbar yang menunjukkan kegagalan mengawal emosi. peranan masyarakat terutama ahli keluarga, kawan-kawan, jiran-jiran dll bagi mengelak tekanan mental meningkat.

0 ulasan:

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP