Jumaat, 20 Februari 2009

CABARAN RAKYAT MALAYSIA PADA HARI INI





Hari ni alibas membaca laporan suratkhabar...,alibas bersetuju dengan laporan akhbar menyatakan mengenai masalah cabaran tekanan mental yang dihadapi rakyat Malaysia pada hari...
hari ni..semakin ramai peningkatan jumlah manusia...ditambah dengan sumber yang terhad...persaingan bagi memenuhi keperluan menjadikan kehidupan sedia ada bertambah sukar...
bagi mereka yang gagal mengikuti cabaran ini menjadikan kehidupan bertambah sukar...
mereka ni mempunyai masalah sosio-ekonomi...
kegagalan menyelesaikan masalah-masalah di dalam kehidupan menyebabkan golongan mengalami masalah mental.

MASALAH MENTAL??????

Dipetik daripada kosmo;


Lebih 270,000 tidak sedar hidap sakit mental

KUALA LUMPUR - Lebih 270,000 rakyat Malaysia menghidap skizofrenia, sejenis penyakit mental tanpa menyedarinya, menurut seorang pakar psikiatri, Prof. Dr. Mohammad Hussain Habil.
Beliau berkata, kegagalan menyedari hakikat itu adalah kerana mereka tidak dapat mengenal pasti simptom penyakit berkenaan dan terlalu bergantung kepada bomoh, sinseh dan perantara untuk menyembuhkan mereka.
Mohammad, yang juga Ketua Jabatan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC), berkata, kemajuan dalam bidang sains perubatan membolehkan skizofernia dipulihkan sepenuhnya jika dikesan dari awal.
Beliau berkata, jika penyakit itu dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh membahayakan pesakit skizofernia yang akan menjadi lebih ganas dan boleh membunuh diri atau membunuh anggota keluarga ataupun jiran mereka.
Adalah penting, kata beliau, untuk mengenal pasti simptom awal seperti menjerit dan memekik tanpa sebab, secara tiba-tiba tidak berminat dengan kerja, memutuskan hubungan, tidak menghiraukan kebersihan diri dan bertindak ganas. - Bernama



Kesemua ini diterjemahkan dengan laporan akhbar yang menunjukkan kegagalan mengawal emosi. peranan masyarakat terutama ahli keluarga, kawan-kawan, jiran-jiran dll bagi mengelak tekanan mental meningkat.

Read more...

BANJIR








Banjir....

"Sediakan payung sebelum hujan"

Read more...

Khamis, 19 Februari 2009

CUBA LIHAT DIRI KITA



Bilakah hari lahir anda?

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita.

Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.

Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal.

Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada.

Contoh: 12 April 1974

12 + 4 + 1974 = 1990

1 + 9 + 9 + 0 = 19

1 + 9 = 10

1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

CUBA LIHAT PENTAFSIRAN NO ANDA.

1. Ketulenan

Hadir dengan idea baru. Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.

Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss. Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari:

Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

2. Pendamai

Dilahirkan sebagai diplomat. Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.

Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup;tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.

Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

3. Ceria

Golongan ini merupakan golongan yang idealistik. Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.

Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.

Mereka sangat popular dan idealistik. Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

4. Konsevatif

Golongan ini sangat peka dan tradisional. Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.

Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.

Mereka berupaya untuk bersabar,tekun dan adakala dianggap degil. Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

5. Perintis

Mereka adalah perintis. Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.

Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.

Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

6. Romantik

Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.

Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.

Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik. Mereka suka seni musik. Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.

Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

7. Intelektual

Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.

Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.

Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka sangat suka berahsia.

Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

8. Penyelesaian

Golongan ini adalah penyelesaian masalah. Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.

Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.

Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

9. Pelakon

Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. Mereka sangat penyayang dan pemurah.Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.

Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).

Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Slide 28

Jadi anda tergolong dalam kategori mana?

Read more...

Selasa, 17 Februari 2009

Salam Perkenalan..Kecantikan Sosial Untuk Semua



Salam perkenalan....semua
sukar betul nak memulakan sesuatu perkara...terfkir apa yang nak diucapkan....
ni merupakan percubaan pertama nak berkarya dalam blog...kadang2 bila tgk blog orang lain..
teringat ja banyak idea nak luah tapi bila taip dalam blog ni rasa macam pertama kali jatuh cinta (walaupun dah tak ingat bila)....rasa segan, malu, takut, rasa manis2 buah...hahahaa gurau ja...

Kecantikan Sosial..
merupakan instrumen yang saya akan tampilkan dalam blog ni...mungkin yang ada di antara anda merasakan saya ni mat jiwang...bercakap, bercakap dan mengenai perasaan...
Ya...saya akan menyentuh mengenai Kecantikan Sosial di mana cinta saya terhadap Sains Sosial.
Cinta yang merangkumi elemen sosial seperti tingkahlaku manusia, politik, pengurusan manusia serta elemen yang paling saya gemari...EKONOMI...

Masih terlalu awal untuk mengupas kesemua elemen itu...jika anda merasakan saya terlepas elemen lain dalam Kecantikan Sosial ini....mungkin nanti kita boleh bertukar pandangan...tapi sekarang masih awal....jadi buat sekarang...salam perkenalan daripada ALIBAS

Read more...

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP