Jumaat, 17 April 2009

AUTORITI "LEGAL-RASIONAL" VS AUTORITI KARISMATIK



- Autoriti merupakan satu bentuk kuasa yang dikelaskan satu bentuk yang dapat mempengaruhi manusia untuk membuat sesuatu perkara yang sebelum tidak pernah dilakukan. ia merupakan pengaruh yang menukar sifat dan perilaku manusia.."human behavior"...terdapat beberapa penkelasan bagi jenis autori atau kuasa ni...bagi kita yang tidak memahami sains politik, autori atau kuasa dianggap sebagai sesuatu yang kotor...sains politik merupakan satu bentuk disiplin yang dibentuk bagi memandu manusia untuk menjadi lebih baik...sebenar jika kita memahami politik sebenarnya sesuatu yang indah,...

Autoriti "Legal-Rasional" merupakan satu bentuk kuasa yang dipolehi melalui satu perundangan yang sah..contohnya dilantik melalui proses pilihanraya atau dilantik oleh satu pihak yang mempunyai kuasa pelantikan. manakala Autori Karismatik diperolehi melalui pengalaman dan kepandaian. ia "Legal-Rasional" boleh diwarisi namun Karismatik todak boleh diwarisi daripada seorang ayah kepada anak....itu cabaran yang bakal dihadapi oleh perdana menteri sekarang iaitu Dato' Seri Najib...
bagi menunjuk contoh satu bentuk Autori Karismatik, saya mengambil contoh Tun Dr. Mahathir...

Tun Dr. Mahathir.....
Pemimpin yang terbaik di dunia adalah pemimpin yang memahami negaranya, tahu peranannya dalam mengendalikan negara serta memahami keperluan dan kehendak masyarakat di bawah kepimpinannya. Tun Dr. Mahathir merupakan pemimpin yang memahami konsep yang diterangkan di atas. Seperti yang kita sedia maklum, Tun Dr. Mahathir Mohamed merupakan mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, beliau telah berjaya dalam memacu Malaysia menjadi sebuah negara yang disegani di dunia.
- Sehubungan dengan itu, Tun Dr. Mahathir telah berjaya mewujudkan wawasan bagi mencapai matlamat organisasi negara. Kemampuan beliau dalam mengawal masa dan bukannya masa mengawalnya. Ini menunjukkan betapa beliau begitu fokus terhadap hasil, bukan semata-mata berorientasikan kerja. Beliau telah membina atas kekuatan individu dan masyarakat Malaysia, bukan hanya mengeksplorasi kelemahan negara luar.
- Tun Dr. Mahathir telah memberi tumpuan dalam bidang utama tertentu yang boleh menghasilkan kejayaan yang cemerlang. Ini bagi mengarah Negara Malaysia ke matlamat tinggi yang mampu dicapai, bukannya ke arah selesa dan mudah. Contohnya, beliau telah menggariskan sembilan cabaran dalam Wawasan 2020 yang dilancarkan pada awal tahun 1991 kepada Negara Malaysia untuk mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020 dengan berorientasikan 7 – 8 peratus pertumbuhan ekonomi pada setiap tahun. Cabaran bagi Tun Dr. Mahathir dalam menyediakan Negara Malaysia menghadapi cabaran abad ke-21. Jadi pendekatan berorientasikan kebangkitan dunia IT, teknologi yang lebih canggih dan sofistikated, mesin-mesin yang lebih cekap dan mudah untuk dikendalikan telah diadakan bukan hanya sekadar melepaskan ‘batuk di tangga’, namun ini bagi memenuhi tuntutan cabaran globalisasi.
- Apabila berlakunya kegawatan ekonomi pada tahun 1997 / 1998, Negara Malaysia telah menghadapi satu keadaan atau situasi yang belum pernah berlaku sebelum itu di mana banyak syarikat dan pelabur telah mengalami kerugian, pelbagai perbincangan telah dilakukan bagi mengatasi keadaan berlakunya ‘Perangkap Kecairan’ di mana sebarang perubahan dasar fiskal tidak memyebabkan perubahan positif pada ekonomi Negara. Namun Tun Dr. Mahathir telah mewujudkan suasana persaingan persekitaran bagi menghadapi cabaran globallisasi. Antara cabaran-cabaran globalisasi ialah AFTA dan WTO, cabaran daripada Negara pesaing-pesaing lain, persaingan untuk mengekal pasaran yang sedia ada dan mencari pasaran baru serta memastikan kualiti yang tinggi pada barangan yang dihasilkan oleh keluaran Negara Malaysia. Ini bagi meningkatkan eksport Malaysia seterusnya meningkatkan Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.
- Sepanjang kepimpinan Tun Dr. Mahathir selama 23 tahun (1981 – 2004) sebagai Perdana Menteri Malaysia, beliau sememangnya mempunyai ciri-ciri kepemimpinan yang sangat tinggi dan seorang ‘communicator’ yang sangat bijak. Ciri-ciri tersebut ialah kejujuran dalam menyampaikan pendapat. Contohnya bila melibatkan isu-isu dunia seperti Isu konflik Israel-Palestin. Beliau juga bersikap terbuka dalam membincangkan isu-isu domestik, seterusnya pintar dalam menyelesaikan isu-isu yang berbangkit. Ini menunjukkan beliau peka terhadap masyarakat dan potensi-potensi isu yang berlaku.
- Menurut sumber yang rapat dengan beliau, mereka menyatakan Tun Dr. Mahathir merupakan individu yang bersemangat dan rajin dalam melakukan pekerjaan. Kemampuan beliau dalam berjenaka walaupun disoal oleh wartawan-wartawan walaupun melibatkan isu-isu sensitif. Bahkan Presiden Fidel Castro mengiktiraf beliau sebagai pemimpin yang intelektual dan bersikap ingin tahu mengenai situasi yang sebenar yang berlaku di dunia. Selain itu, beliau juga menunjukkan sikap menghormati masa hadapan, memberi perhatian pada masa sekarang dan memahami apa yang sudah berlaku. Ini dibuktikan melalui dasar-dasar yang diwujudkan oleh beliau sepanjang petadbirannya.
- Oleh itu, beliau telah membuat jangkaan mengenai perkara-perkara yang bakal berlaku bagi memudahkan Negara Malaysia membuat persediaan
menghadapi permasalahan ekonomi, politik dan sosial. Ini menunjukan Tun Dr. Mahathir mempunyai pengetahuan yang luas. Ini dibuktikan di mana beliau boleh mengendalikan sesuatu yang di luar jangkaan seperti kegawatan ekonomi pada tahun 1997 / 1998. Oleh yang demukian, kesemua ciri-ciri yang dinyatakan di atas perlu diterapkan dalam diri setiap pemimpin bagi menjamin kejayaan masyarakat dan juga negaranya.

sekarang ini perlu peranan kita sebagai warganegara Malaysia bagi membantu PM Dato' Seri Najib bagi mempolehi Autoriti Karismatik. hanya masa bagi menentukan samaada PM mampu membukti kepada dunia keberkesanan beliau sebagai pemimpin..hadir dalam bentuk acuannya sediri...semoga berjaya Dato' Seri Najib...

0 ulasan:

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP