Selasa, 16 Mac 2010

Nak kereta besaq, rumah besaq dan bini besaq?

Semenjak berpindah dari pejabat di daerah kota setar ke ibu pejabat kedah, dah lama tak pergi siasata kes...
baru-baru ni bila da kes aduan yang da tinggi profail cikit, terus pergi siasat..kalau dah lama tak pergi siasat, biasa la takut skil siasat ni dah berkarat...
tapi dah pergi siasat ni biasa la....tension dengan masalah masyarakat sekarang..
masih dengan isu yang sama..kalau ditanya kepada klien, "anak tak bantu k?"
messti klien2 jawab dengan skrip yang sama, biasa la, dioarang pun lepas cukup2 makan ja, anak ramai,nak bayar hutang bank lagi dan bla2..bla2..bla.."
Fuh! berderau dengar...kesian la dekat emak bapak manusia yang malang2..siap mereka tolong cari alasan untuk anak-anak sebab apa tak boleh tolong setiap bulan....
MASYARAKAT hari dah bertambah tenat...,kita lebih penting keperluan diri kita mendahului keluarga..
banyak kes-kes orang susah, anak-anak diorang masuk universiti, kerja gaji ok...
tapi bab nak hulur duit dekat ibu bapa...FAIL...
Zaman semakin canggih, peluang semakin bertambah..kita lupa pada tuntutan sosial..
tuntutan sosial di mana janji kita hendak bantu keluarga selepas kita bekerja..
kkita pun salahkan kerajaan sebab ekonomi jatuh..memangla ekonomi lembap sebab kita menghadapi 'separa perangkap kecairan' di maana langkah2 yang dibuat kerajaan, tidak kesan yang ketara terhadap ekonomi malaysia...tapi pakcik2, makcik2, abang, kakak dengan adik2..tu bukan alasan...
tau la nak pakai kereta besar, rumah besar, nak hantar anak pergi tuisyen k beli klcc ka..., janganla abai keluarga..keluarga hantar mengaji tinggi dengan harapan nak bantu keluarga, ni dah habis belajar, tak bantu pulak keluarga...
tak sempst nak berbakti dengan ibu bapa, terus nak kawin...alasan nak buat benda baik, nak dirikan masjid katakan...
porah! berbakti dulu dengan keluarga...ingatla janji waktu muda2 remaja...ni dah gatal miang nak kawin..
kita kena ingat, bantuan kebajikan yang orang duk bagi dekat orang susah ni dalam senarai kebelakang yang patut bantu..sapa yang dalam senarai utama?
sapa lagi..kita la, anak2, saudara mara dengan masyarakat setempat..
kebanyakan kes2 penerima bantuan kebajikan ni, bukan perlukan duit pun..tapi kasih sayang..kita kena ingat..apa keburukan yang kita buat dekat ibu bapa kita pada hari ni..suatu hari nanti kita akan dapat balasan yang sama..ni bukan ugut tapi hakibat atau hipotesis yang boleh kita lihat pada masyarakat Malaysia pada hari ini...
lu pikiaq la sendiri...

Read more...

Jumaat, 17 April 2009

AUTORITI "LEGAL-RASIONAL" VS AUTORITI KARISMATIK



- Autoriti merupakan satu bentuk kuasa yang dikelaskan satu bentuk yang dapat mempengaruhi manusia untuk membuat sesuatu perkara yang sebelum tidak pernah dilakukan. ia merupakan pengaruh yang menukar sifat dan perilaku manusia.."human behavior"...terdapat beberapa penkelasan bagi jenis autori atau kuasa ni...bagi kita yang tidak memahami sains politik, autori atau kuasa dianggap sebagai sesuatu yang kotor...sains politik merupakan satu bentuk disiplin yang dibentuk bagi memandu manusia untuk menjadi lebih baik...sebenar jika kita memahami politik sebenarnya sesuatu yang indah,...

Autoriti "Legal-Rasional" merupakan satu bentuk kuasa yang dipolehi melalui satu perundangan yang sah..contohnya dilantik melalui proses pilihanraya atau dilantik oleh satu pihak yang mempunyai kuasa pelantikan. manakala Autori Karismatik diperolehi melalui pengalaman dan kepandaian. ia "Legal-Rasional" boleh diwarisi namun Karismatik todak boleh diwarisi daripada seorang ayah kepada anak....itu cabaran yang bakal dihadapi oleh perdana menteri sekarang iaitu Dato' Seri Najib...
bagi menunjuk contoh satu bentuk Autori Karismatik, saya mengambil contoh Tun Dr. Mahathir...

Tun Dr. Mahathir.....
Pemimpin yang terbaik di dunia adalah pemimpin yang memahami negaranya, tahu peranannya dalam mengendalikan negara serta memahami keperluan dan kehendak masyarakat di bawah kepimpinannya. Tun Dr. Mahathir merupakan pemimpin yang memahami konsep yang diterangkan di atas. Seperti yang kita sedia maklum, Tun Dr. Mahathir Mohamed merupakan mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, beliau telah berjaya dalam memacu Malaysia menjadi sebuah negara yang disegani di dunia.
- Sehubungan dengan itu, Tun Dr. Mahathir telah berjaya mewujudkan wawasan bagi mencapai matlamat organisasi negara. Kemampuan beliau dalam mengawal masa dan bukannya masa mengawalnya. Ini menunjukkan betapa beliau begitu fokus terhadap hasil, bukan semata-mata berorientasikan kerja. Beliau telah membina atas kekuatan individu dan masyarakat Malaysia, bukan hanya mengeksplorasi kelemahan negara luar.
- Tun Dr. Mahathir telah memberi tumpuan dalam bidang utama tertentu yang boleh menghasilkan kejayaan yang cemerlang. Ini bagi mengarah Negara Malaysia ke matlamat tinggi yang mampu dicapai, bukannya ke arah selesa dan mudah. Contohnya, beliau telah menggariskan sembilan cabaran dalam Wawasan 2020 yang dilancarkan pada awal tahun 1991 kepada Negara Malaysia untuk mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020 dengan berorientasikan 7 – 8 peratus pertumbuhan ekonomi pada setiap tahun. Cabaran bagi Tun Dr. Mahathir dalam menyediakan Negara Malaysia menghadapi cabaran abad ke-21. Jadi pendekatan berorientasikan kebangkitan dunia IT, teknologi yang lebih canggih dan sofistikated, mesin-mesin yang lebih cekap dan mudah untuk dikendalikan telah diadakan bukan hanya sekadar melepaskan ‘batuk di tangga’, namun ini bagi memenuhi tuntutan cabaran globalisasi.
- Apabila berlakunya kegawatan ekonomi pada tahun 1997 / 1998, Negara Malaysia telah menghadapi satu keadaan atau situasi yang belum pernah berlaku sebelum itu di mana banyak syarikat dan pelabur telah mengalami kerugian, pelbagai perbincangan telah dilakukan bagi mengatasi keadaan berlakunya ‘Perangkap Kecairan’ di mana sebarang perubahan dasar fiskal tidak memyebabkan perubahan positif pada ekonomi Negara. Namun Tun Dr. Mahathir telah mewujudkan suasana persaingan persekitaran bagi menghadapi cabaran globallisasi. Antara cabaran-cabaran globalisasi ialah AFTA dan WTO, cabaran daripada Negara pesaing-pesaing lain, persaingan untuk mengekal pasaran yang sedia ada dan mencari pasaran baru serta memastikan kualiti yang tinggi pada barangan yang dihasilkan oleh keluaran Negara Malaysia. Ini bagi meningkatkan eksport Malaysia seterusnya meningkatkan Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.
- Sepanjang kepimpinan Tun Dr. Mahathir selama 23 tahun (1981 – 2004) sebagai Perdana Menteri Malaysia, beliau sememangnya mempunyai ciri-ciri kepemimpinan yang sangat tinggi dan seorang ‘communicator’ yang sangat bijak. Ciri-ciri tersebut ialah kejujuran dalam menyampaikan pendapat. Contohnya bila melibatkan isu-isu dunia seperti Isu konflik Israel-Palestin. Beliau juga bersikap terbuka dalam membincangkan isu-isu domestik, seterusnya pintar dalam menyelesaikan isu-isu yang berbangkit. Ini menunjukkan beliau peka terhadap masyarakat dan potensi-potensi isu yang berlaku.
- Menurut sumber yang rapat dengan beliau, mereka menyatakan Tun Dr. Mahathir merupakan individu yang bersemangat dan rajin dalam melakukan pekerjaan. Kemampuan beliau dalam berjenaka walaupun disoal oleh wartawan-wartawan walaupun melibatkan isu-isu sensitif. Bahkan Presiden Fidel Castro mengiktiraf beliau sebagai pemimpin yang intelektual dan bersikap ingin tahu mengenai situasi yang sebenar yang berlaku di dunia. Selain itu, beliau juga menunjukkan sikap menghormati masa hadapan, memberi perhatian pada masa sekarang dan memahami apa yang sudah berlaku. Ini dibuktikan melalui dasar-dasar yang diwujudkan oleh beliau sepanjang petadbirannya.
- Oleh itu, beliau telah membuat jangkaan mengenai perkara-perkara yang bakal berlaku bagi memudahkan Negara Malaysia membuat persediaan
menghadapi permasalahan ekonomi, politik dan sosial. Ini menunjukan Tun Dr. Mahathir mempunyai pengetahuan yang luas. Ini dibuktikan di mana beliau boleh mengendalikan sesuatu yang di luar jangkaan seperti kegawatan ekonomi pada tahun 1997 / 1998. Oleh yang demukian, kesemua ciri-ciri yang dinyatakan di atas perlu diterapkan dalam diri setiap pemimpin bagi menjamin kejayaan masyarakat dan juga negaranya.

sekarang ini perlu peranan kita sebagai warganegara Malaysia bagi membantu PM Dato' Seri Najib bagi mempolehi Autoriti Karismatik. hanya masa bagi menentukan samaada PM mampu membukti kepada dunia keberkesanan beliau sebagai pemimpin..hadir dalam bentuk acuannya sediri...semoga berjaya Dato' Seri Najib...

Read more...

Jumaat, 20 Februari 2009

CABARAN RAKYAT MALAYSIA PADA HARI INI





Hari ni alibas membaca laporan suratkhabar...,alibas bersetuju dengan laporan akhbar menyatakan mengenai masalah cabaran tekanan mental yang dihadapi rakyat Malaysia pada hari...
hari ni..semakin ramai peningkatan jumlah manusia...ditambah dengan sumber yang terhad...persaingan bagi memenuhi keperluan menjadikan kehidupan sedia ada bertambah sukar...
bagi mereka yang gagal mengikuti cabaran ini menjadikan kehidupan bertambah sukar...
mereka ni mempunyai masalah sosio-ekonomi...
kegagalan menyelesaikan masalah-masalah di dalam kehidupan menyebabkan golongan mengalami masalah mental.

MASALAH MENTAL??????

Dipetik daripada kosmo;


Lebih 270,000 tidak sedar hidap sakit mental

KUALA LUMPUR - Lebih 270,000 rakyat Malaysia menghidap skizofrenia, sejenis penyakit mental tanpa menyedarinya, menurut seorang pakar psikiatri, Prof. Dr. Mohammad Hussain Habil.
Beliau berkata, kegagalan menyedari hakikat itu adalah kerana mereka tidak dapat mengenal pasti simptom penyakit berkenaan dan terlalu bergantung kepada bomoh, sinseh dan perantara untuk menyembuhkan mereka.
Mohammad, yang juga Ketua Jabatan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC), berkata, kemajuan dalam bidang sains perubatan membolehkan skizofernia dipulihkan sepenuhnya jika dikesan dari awal.
Beliau berkata, jika penyakit itu dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh membahayakan pesakit skizofernia yang akan menjadi lebih ganas dan boleh membunuh diri atau membunuh anggota keluarga ataupun jiran mereka.
Adalah penting, kata beliau, untuk mengenal pasti simptom awal seperti menjerit dan memekik tanpa sebab, secara tiba-tiba tidak berminat dengan kerja, memutuskan hubungan, tidak menghiraukan kebersihan diri dan bertindak ganas. - Bernama



Kesemua ini diterjemahkan dengan laporan akhbar yang menunjukkan kegagalan mengawal emosi. peranan masyarakat terutama ahli keluarga, kawan-kawan, jiran-jiran dll bagi mengelak tekanan mental meningkat.

Read more...

BANJIR








Banjir....

"Sediakan payung sebelum hujan"

Read more...

Khamis, 19 Februari 2009

CUBA LIHAT DIRI KITA



Bilakah hari lahir anda?

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita.

Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.

Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal.

Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada.

Contoh: 12 April 1974

12 + 4 + 1974 = 1990

1 + 9 + 9 + 0 = 19

1 + 9 = 10

1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

CUBA LIHAT PENTAFSIRAN NO ANDA.

1. Ketulenan

Hadir dengan idea baru. Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.

Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss. Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari:

Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

2. Pendamai

Dilahirkan sebagai diplomat. Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.

Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup;tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.

Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

3. Ceria

Golongan ini merupakan golongan yang idealistik. Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.

Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.

Mereka sangat popular dan idealistik. Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

4. Konsevatif

Golongan ini sangat peka dan tradisional. Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.

Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.

Mereka berupaya untuk bersabar,tekun dan adakala dianggap degil. Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

5. Perintis

Mereka adalah perintis. Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.

Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.

Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

6. Romantik

Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.

Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.

Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik. Mereka suka seni musik. Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.

Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

7. Intelektual

Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.

Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.

Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka sangat suka berahsia.

Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

8. Penyelesaian

Golongan ini adalah penyelesaian masalah. Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.

Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.

Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

9. Pelakon

Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. Mereka sangat penyayang dan pemurah.Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.

Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).

Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Slide 28

Jadi anda tergolong dalam kategori mana?

Read more...

Selasa, 17 Februari 2009

Salam Perkenalan..Kecantikan Sosial Untuk Semua



Salam perkenalan....semua
sukar betul nak memulakan sesuatu perkara...terfkir apa yang nak diucapkan....
ni merupakan percubaan pertama nak berkarya dalam blog...kadang2 bila tgk blog orang lain..
teringat ja banyak idea nak luah tapi bila taip dalam blog ni rasa macam pertama kali jatuh cinta (walaupun dah tak ingat bila)....rasa segan, malu, takut, rasa manis2 buah...hahahaa gurau ja...

Kecantikan Sosial..
merupakan instrumen yang saya akan tampilkan dalam blog ni...mungkin yang ada di antara anda merasakan saya ni mat jiwang...bercakap, bercakap dan mengenai perasaan...
Ya...saya akan menyentuh mengenai Kecantikan Sosial di mana cinta saya terhadap Sains Sosial.
Cinta yang merangkumi elemen sosial seperti tingkahlaku manusia, politik, pengurusan manusia serta elemen yang paling saya gemari...EKONOMI...

Masih terlalu awal untuk mengupas kesemua elemen itu...jika anda merasakan saya terlepas elemen lain dalam Kecantikan Sosial ini....mungkin nanti kita boleh bertukar pandangan...tapi sekarang masih awal....jadi buat sekarang...salam perkenalan daripada ALIBAS

Read more...

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP